Dah lama teman tak update blog teman nie...dah berdebu hehehe,tiada niat teman untuk membiarkan ia berdebu.Ada benda yang tak dapat dielakkan almaklum ler..benda yang hanya di isi bila ada masa yang lapang.
2009,pejam celik pejam celik semakin hampir pada penghujung 2009 dapat teman rasakan semakin cepat masa itu berlalu,semakin cepat masa itu meninggalkan akan teman yang mana teman rasakan masa itu begitu mencemburi akan diri teman..Dapat teman rasakan 2010 memanggil diri teman untuk mengisi waktunya yang bakal tiba.
Tapi apa yang ingin teman bicarakan disini adalah bukan pasal masa teman itu. Apa yang ingin teman luahkan disini adalah masa depan industri muzik di Malaysia. Teman akui banyak band-band tumbuh bagaikan cendawan.Satu pekembangan positif bagi industri muzik di Malaysia.Alhamdulilah satu perkembangan yang sihat,mungkin tahun 2010 satu tahun dimana kegemilangan industri muzik malaysia bermula.
Sama-sama lah kita berdoa akan kegemilangan industri muzik malaysia.Bersama-sama kita bangunkan dan sokong akan industri muzik Malaysia.Siapa lagi yang boleh tolong kalau bukan teman dan anda yang ada diluar sana.
2009 gak banyak meninggalkan kenangan bt kita semua,dimana King Of Pop "Micheal Jackson" telah pergi dengan meninggal seribu pertanyaan.Bukan niat teman untuk mengagungkan artis barat tapi bagi teman itu sebagai satu titik contoh bagaimana Raja Pop tu menjadikan dirinya sebagai satu ingatan kepada dunia siapa dia "Micheal Jackson".Mungkin untuk jadi ingatan dunia agak mustahil tapi bagi teman tiada apa yg musthil.Bagaimana Zee Avi,Hujan,Yuna,Bittersweet dan banyak lagi(nak teman sebut semua esok pun tak abis) yang tengah mencipta nama diluar Malaysia.Teman doakan agar yang terbaik buat semua artis dalam industri muzik Malaysia.
Butterfingers salah satu band UnderGround yang menarik minat teman,mereka mula membina empayar sejak teman dibangku sekolah lagi.Dari wujudnya 1.2 Miligrams hingga ler ke Selamat Tinggal Dunia.
Bagi teman empayar yang mereka bina ini cukup hebat kerana ia mampu bertahan sehingga sekarang.Dari dulu hinggalah ke ekonomi yang tengah merudum ini,mereka masih mampu meletak diri mereka untuk bersaing bagi memajukan industri musik di Malaysia.Syabas teman ucapkan buat BUTTERFINGERS semoga maju dimasa akan datang,bagi memartabatkan industri seni negara.
Diakhir 2009 ini banyak benda suka dan duka yang bakal teman kena tinggalkan hanya memori yang akan tinggal dalam kenangan.Dan 2010 bakal tiba dengan memanggil teman untuk memulakan coretan baru bg mewujudkan memori baru untuk tatapan diri sendiri.
Teman tinggalkan anda semua dan 2009 dengan lagu ini "Mimpi sedih" hasil nukilan Brorey Marantika..
"Di hari-hari terakhir 2009"
Subscribe to:
Posts (Atom)